Thursday, March 26, 2009

Tip-tip memulakan blog peribadi

Blog ialah jurnal berasaskan web di mana seseorang boleh mengutarakan pendapat dan pandangan peribadi di internet. Sesiapa sahaja boleh memulakan blog. Blog sangat mudah untuk dilakukan.

Langkah-langkah membina blog

1) Daftar dengan mana-mana pembekal blog. Terdapat banyak pembekal blog di Internet antaranya adalah seperti Livejournal.com, Blogger.com, Wordpress.com, Blog.com, Diaryland.com, dan BlogDrive.com. Kebanyakan pembekal-pembekal ini menyediakan perkhidmatan blog secara percuma.

2) Sebaik sahaja anda mendaftar, anda boleh terus memilih contoh-contoh blog pasang-siap. Pilih salah satu dan masukkan nama anda, tajuk blog, gambar dan sebagainya. Anda juga boleh menukar warna mengikut kesesuaian blog. Kebanyakan pembekal akan menyediakan beberapa contoh susun atur yang boleh dipilih oleh anda.

4) Selepas blog anda siap, mulakan mengepos beberapa kiriman untuk percubaan. Mungkin agak kekok untuk menulis buat kali pertama, tetapi jika anda lakukannya sebagai rutin harian, anda akan dapat rasakan ketagihannya. Tulis tentang hari-hari anda, isu semasa, idea, atau apa sahaja yang terlintas di fikiran.

5) Mulakan melawat blog-blog lain untuk membina satu rangkaian atau network. Berikan komen yang menarik, dan tinggalkan alamat blog anda di dalamnya supaya mereka juga boleh melakukan perkara sama di dalam blog anda.

Tip Membuat Blog
1) Jika anda kerap kemaskini blog anda, lebih ramai yang akan datang kembali untuk membaca.

2) Jadikan memblog sebagai rutin harian.

3) Pastikan setiap kiriman anda dapat menarik perhatian pengunjung yang membaca.

4) Pastikan juga ejaan anda tepat.

5) Sesetengah pembekal blog membenarkan anda untuk buat duit melalui blog dengan cara meletakkan iklan Google AdSense. Jika blog anda popular, boleh juga digunakan untuk membayar bil internet anda.

6) Jangan rasa kecewa jika blog anda tidak ada pengunjung untuk beberapa bulan pertama. Oleh kerana komunitinya sangat besar, ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum blog anda mendapat perhatian umum.

7) Jangan jadikan blog anda carca marba. Tumpukan pada topik yang anda minat. Jika anda suka bercerita tentang teknologi, penuhi blog anda dengan isu-isu teknologi sahaja, begitu juga dengan politik, perniagaan dan sebagainya.
by Ali

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More