Wednesday, October 29, 2008

Drift disturbing people sleep hehehe funny




BANDAR SERI BEGAWAN - Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas, Polis Diraja Brunei kerap menjalankan operasi rutin dan bersepadu menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalu lintas dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul satu lagi gejala sosial dipanggil "drift," yang jika tidak ditangani dengan sewajarnya, boleh membawa kepada masalah yang lebih rumit.

Dengan keadaan kereta yang telah diubah suai, pemandunya ghairah memusing-musingkan kereta dan mempamerkan aksi berani mereka itu untuk tontonan ramai.

Salah sebuah tempat yang menjadi lokasi aksi seperti ini ialah tanah lapang di lebuh raya Muara berhampiran pusingan U Kampung Lambak Kiri Rakyat Jati.

Menurut saksi, aksi sebegini sering dilakukan pada waktu siang kira-kira jam 4.45 petang.
Katanya, hampir setiap malam akan ada pemandu berani yang mempamerkan aksi "drift" mereka di situ iaitu pada tengah malam ketika penduduk sedang tidur. Penduduk di kawasan berhampiran menyatakan rasa kesal dan marah dengan aksi segelintir pemandu aksi ini kerana mencetuskan bunyi bising dari enjin kereta yang mengganggu tidur mereka.

Sehubungan itu, mereka berharap pihak berkuasa mengambil tindakan membendung gejala "drift" ini daripada terus berleluasa.
source media permata 29th october 2008

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More